Pages

Ads 468x60px

Featured Posts

Friday, May 10, 2013

Format Menjawab Soalan Novel

FORMAT MENJAWAB SOALAN NOVEL
Contoh Soalan SPM 2005 :
4(a) .Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaprkan  dalam sesebuah novel.
Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat sedemikian?                                                    (7 markah)
FORMULA SOALAN 4(a)
P1 : Pendahuluan
Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu (MR) karya Hartini Hamzah atau Kabus Di Perbukitan (KDP) karya Mohamed Kholid Hamzah.
P2 : Isi pertama contoh (MR@KDP) peristiwa paling menarik + sebab anda memilih contoh tersebut.
P3 : Isi kedua contoh (MR@KDP) peristiwa paling menarik + sebab anda memilih contoh tersebut.
 
FORMULA SOALAN 4(b)
4(b). Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel.                                                                                                             (8 markah)
P1 : Pendahuluan
 
Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu (MR) karya Hartini Hamzah dan Kabus Di Perbukitan (KDP) karya Mohamed Kholid Hamzah

P2 : Latar tempat dalam novel MR ialah di Sekolah Menengah Seri Setia. Buktinya,............................................................................................................manakala dalam KDP ialah di Pekan Sungai Kubu.Buktinya,..............................................................................................................................
SOALAN 4 : PERCUBAAN NEGERI TERENGGANU
(a)   Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai tanggungjawab dalam novel tersebut (7 markah)
Cara menjawab :
Baca arahan soalan dengan jelas : 1 novel sahaja (MR atau KDP)
Skop perbincangan : huraikan 2 nilai tanggungjawab dalam novel tersebut.
Apa yang perlu anda tulis :
P1 : Pendahuluan (nyatakan tajuk novel dan nama pengarang) PENTING
P2 : Isi (1) NILAI TANGGUNGJAWAB. CONTOH MR @ KDP
P3 : IsI (2) NILAI TANGGUNGJAWAB . CONTOH MR @ KDP
TIDAK PERLU ADA PENUTUP
CONTOH SKEMA JAWAPAN :
 
Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.
Nilai dalam novel ini ialah nilai tanggungjawab sewaktu menjalankan tugas yang diamanahkan Sebagai contohnya, Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh rasa tanggungjawab begitu juga dengan Fuad hanya guru sandaran di sekolah yang sama dengan Farhana, tetapi Fuad menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.

         Selain itu, nilai tanggungjawab dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim.      Sebagai contohnya, Fuad sewaktu kecil telah dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Peter Lim menyebabkan dia tidak dididik dengan ajaran Islam, sebaik sahaja menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah, Fuad dengan rasa tanggungjawabnya sebagai seorang muslim telah belajar mengaji al-quran dan sentiasa bersembahyang berjemaah di surau bersama ayah angkatnya.
 
Pemarkahan :

2 Isi dan 2 contoh : 4 markah

Bahasa                             : 3 markah (baik) 2 (memuaskan) 1 (lemah)

Markah Penuh :    7 markah


(b)   Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajari. (8 markah)

Cara menjawab :

Baca arahan soalan dengan jelas : 2 novel (MR dan KDP)

Skop perbincangan : huraikan 1 latar masyarakat dalam dua novel tersebut.

Apa yang perlu anda tulis :

P1 : Pendahuluan (nyatakan tajuk 2 novel dan nama 2 pengarang) PENTING

P2 : Isi (1) LATAR MASYARAKAT. CONTOH MR

P3 : IsI (2) LATAR MASYARAKA . CONTOH KDP

TIDAK PERLU ADA PENUTUP                     T

SKEMA JAWAPAN :

Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Kabus Di Perbukitan karya Mohamed Kholid Hamzah.

Latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat yang tahu membalas jasa. Sebagai contohnya dalam Melunas Rindu, Fuad telah membayar yuran peperiksaan dan menanggung kos persekolahan adik sepupunya, Ah Soh kerana jasa bapa dan ibu saudaranya, Peter Lim dan Swee Lan yang telah membesarkannya sewaktu dia kecil dahulu.
 
  Selain itu, masyarakat yang tabah menghadapi cabaran. Sebagai contohnya dalam Kabus Di Perbukitan, Faridah yang kehilangan adik kembar, Rahayu yang meninggal dunia akibat daripada kanser paru-paru, penderitaan Faridah semakin bertambah apabila ibunya, Salmah yang meninggal dunia akibat sakit tua dan menahan rasa derita sebaik sahaja anaknya meninggal dan suaminya, Ghazali yang telah meninggal dunia akibat kemalangan, faridah begitu tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand.

Pemarkahan :

2 Isi dan 2 contoh : 6 markah

Bahasa : 2 markah (baik) 1 markah (memuaskan)

Markah Penuh : 8 markah


SOALAN PERCUBAAN : YAYASAN ISLAM KELANTAN

4 (a) Watak utama dalam sesebuah novel sering dipaparkan oleh pengarang sebagai watak yang mengalami konflik.

Huraikan dua konflik yang dialami oleh watak uatam dalam sesebuah novel yang anda pelajari dan bagaimanakah konflik itu dapat diselesaikan olehnya?

 
P1 : Pendahuluan (nyatakan tajuk novel dan nama pengarang) PENTING

P2 : Isi (1) KONFLIK + CARA WATAK UTAMA MENGATASI : MR @ KDP

P3 : IsI (2) KONFLIK + CARA WATAK UTAMA MENGATASI : MR @ KDP

TIDAK PERLU ADA PENUTUP

 CONTOH SKEMA JAWAPAN :
 
Novel yang saya kaji ialah Kabus Di Perbukitan karya Mohamed Kholid Hamzah.

Konflik yang berlaku apabila Faridah mengalami tekanan apabila dia kehilangan orang tersayang dalam jangka masa yang singkat sahaja. Peristiwa bermula apabila adik kembarnya Rahayu meninggal dunia akibat kanser paru-paru, tidak cukup dengan penderitaan tersebut ibunya, Salmah turut meninggalkan Faridah akibat masalah injap jantung tidak berfungsi dan terlalu bersedih dengan kematian Rahayu. Selepas itu, konfliknya makin bertambah, apabila suaminya, Ghazali meninggal sewaktu dalam kemalangan jalan raya. Faridah membawa diri ke New Zealand dan memulakan hidup baru dengan dengan Soleh Johnsons@Samuel Kirkby Johnsons, mereka menetap di Christchurch. Faridah dapat melupakan segala peristiwa yang menyedihkan walaupun hidup di perantauan dia sentiasa rindu akan kampung halamannya.
Seterusnya,Soleh kecewa dengan kegiatan vandalisme yang sedang berlaku dan An Noor Islamic Center turut menjadi mangsa. Perbuatan itu angkara daripada budak-budak punk. Faridah mencadangkan kepada Soleh agar mereka mengadakan majlis untuk merapatkan kembali hubungan kejiranan di tempat mereka. Soleh mencadangkan agar mereka menempah makanan untuk majlis tersebut bagi meringankan beban Faridah

Pemarkahan :

2 Isi dan 2 contoh : 4 markah

Bahasa : 3 markah (baik) 2 (memuaskan) 1 (lemah)

Markah Penuh : 7 markah

4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang dalam setiap novel?

(8 markah)

Cara menjawab :

Baca arahan soalan dengan jelas : 2 novel (MR dan KDP)

Skop perbincangan : huraikan 2 peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang dalam setiap novel.

Apa yang perlu anda tulis :

P1 : Pendahuluan (nyatakan tajuk novel dan nama pengarang) PENTING
 
P2 : Isi (1) PERISTIWA KASIH SAYANG : MR

P3 : IsI (2) PERISTIWA KASIH SAYANG : KDP

TIDAK PERLU ADA PENUTUP
 
CONTOH SKEMA JAWAPAN :
 
Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu dan Kabus Di Perbukitan karya Mohamed Kholid Hamzah.
Peristiwa yang terdapat dalam Melunas Rindu ialah Fuad selalu mengambil berat akan keadaan Farhana dan sering menolong Farhana ketika Farhana berada dalam kesusahan. Sewaktu Farhana ingin balik kampung untuk menziarahi ibunya namun tiket bas habis dijual. Fuad telah sukarela untuk mengajak Farhana untuk menumpang keretanya. Selain itu, Fuad juga memahami akan keadaan Farhana apabila Ibu Farhana dimasukkan ke dalam hospital. Fuad turut menziarahi Ibu Farhana kerana Ibu Farhana merupakan orang kesayangan Farhana. Akhirnya, Fuad mendapat tahu bahawa Farhana adalah adiknya sendiri.
Selain itu, peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang dalam Kabus Di Perbukitan ialah peristiwa Salmah yang amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenang-kenangkan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Salmah selalu menangis dan bersedih-sedihan semenjak kematian Rahayu, ditambah lagi dengan injap jantungnya tidak berfungsi sehingga dia meninggal dunia akibat terlalu rindukan anaknya.
 
Pemarkahan :

2 Isi dan 2 contoh : 4 markah

Bahasa : 2 markah (baik) 1 markah (memuaskan)

Markah Penuh : 8 markah


 

 




   
 


 


 .


 

.

 

 
 

 

 
 

 

 




 


 

 

 

.

 

 
 

Latihan Soalan Novel


Klon soalan SPM bahagian novel sepanjang 10 tahun yang lepas. Boleh diaplikasikan kepada semua novel mengikut zon.



1 - Tema yang menarik merupakan pendorong kepada pembaca untuk membaca sesebuah novel. Nyatakan tema novel yang telah anda baca.

 

2 - Pengarang menyelitkan beberapa persoalan dalam novel yang telah anda baca. Huraikan tiga persoalan utama dalam novel tersebut.

 

3 - Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam novel mengandungi nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda baca, bincangkan tiga peristiwa yang membawa nilai murni yang berbeza.

 

4 - Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

 

5 - Latar tempat yang terdapat dalan sesebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar tempat utama.

 

6 - Pengakhiran sesebuah cerita dalam novel akan memberikan kepuasan kepada pembaca. Huraikan pendapat tersebut berdasarkan novel yang telah anda kaji.

 

7 - Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

 

8 - Novel yang telah anda kaji mengandungi beberapa persoalan utama. Huraikan tiga peristiwa yang mendokong persoalan kegigihan dalam novel tersebut.

 

9 - Watak adalah unsur penting yang menghidupkan dan menggerakkan cerita. Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam novel yang anda baca.

 

10 - Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapai cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca.

 

11 - Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji.

 

12 - Nilai kasih sayang terdapat dalam kebanyakan novel yang bercorak kemasyarakatan. Huraikan tiga nilai tersebut berdasarkan novel kajian anda.

 

13 - Konflik yang timbul dalam cerita membuatkan cerita semakin berkembang. Berdasarkan novel kajian anda, nyatakan peranan watak utama dalam menyelesaikan konflik.

 

14 - Watak sampingan dalam sesebuah novel juga penting dalam menggerakkan cerita. Nyatakan peranan satu watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda baca.

 

15 - Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

 

16 - Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut.

 

17 - Watak-watak dalam sesebuah novel akan bertentangan dengan sebahagian watak yang lain. Berdasarkan novel yang telah anda baca, nyatakan tiga peristiwa menunjukkan penentangan watak.

 

18 - Latar masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah novel mempunyai nilai tersendiri. Huraikan tiga nilai kemasyarakatan dalam novel yang anda kaji.

 

19 - Cerita dalam novel menyelitkan banyak nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga contoh yang menunjukkan nilai ketekunan.

 

20 - Banyak peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita mencerminkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berpandukan novel yang anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang mencerminkan persoalan maruah.

 

21 - Kebanyakan konflik dalam cerita sesebuah novel melibatkan watak utama. Jelaskan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi berdasarkan novel yang telah anda baca.

 

22 - Tajuk sesebuah novel amat berkaitan dengan cerita dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian tajuk novel dengan isinya.

 

23 - Permulaan yang menarik dalam sesebuah novel akan mempengaruhi pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga akhir. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan novel kajian anda.

 

24 - Cerita yang menarik dalam sesebuah novel akan meninggalkan kesan perasaan kepada pembaca. Nyatakan tiga peristiwa yang meninggalkan kesan kepada anda berpandukan novel yang anda baca.

 

25 - Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masa tertentu. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan tiga latar masa yang penting.

 

26 - Watak utama mencerminkan banyak nilai murni. Huraikan tiga contoh nilai ketabahan watak utama dalam novel yang anda kaji.

 

27 - Cerita dalam novel memaparkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang menggambarkan kepincangan dalam masyarakat.

 

28 - Plot dalam sesebuah cerita berkembang mengikut peringkat. Huraikan plot novel yang telah anda baca.

 

29 - Pengarang telah menggunakan beberapa teknik plot agar penyampaian cerita menjadi lebih menarik. Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam novel kajian anda.

 

30 - Novel yang telah anda baca adalah sebuah novel yang menarik. Tuliskan sinopsis cerita novel tersebut.

 

Format Pemahaman


FORMAT PEMAHAMAN

1.       Pastikan anda menguasai cerpen, drama, prosa klasik, puisi dengan membaca dan menghafal bagi teks T4 dan T5. Kemudian, anda perlu  mengenal pasti isi yang disampaikan di dalam petikan.

2.       Fahami dengan jelas apabila membaca petikan yang telah disediakan.

3.       Cara untuk menjawab soalan pemahaman dengan menyalin semula sebahagian soalan, mulakan dengan subjek setiap kali menulis jawapan dan silakan ada penanda wacana. Setiap isi mesti dibina dalam ayat yang berbeza-beza bermakna 3 isi 3 ayat.

4.       Garis rangkai kata yang ada di dalam petikan kemudian tukar dengan perkataan hampir sama.

5.       Isi hendaklah dicari di dalam petikan mengikut ayat yang hampir (dalam soalan) dengan ayat di dalam petikan, kemudian bina ayat anda sendiri (3 markah untuk 3 isi).

6.       Soalan aspek komsas memerlukan anda menyatakan isi dan contoh berdasarkan petikan dan isi/contoh berdasarkan keseluruhan cerpen/drama.

7.       Soalan maksud puisi, anda perlu menyatakan maksud yang ada di dalam rangkap yang telah dinyatakan.

8.       Soalan pendapat anda, memerlukan anda memberikan pendapat yang bernas dan relevan.

Cara menjawab berdasarkan peruntukan markah :

Jenis soalan rangkai kata

i.           Apakah yang dimaksudkan oleh pengarang dengan melakar kemenangan seperti  yang terdapat dalam petikan? [2markah]

Pastikan anda mengambil sebahagian soalan

Contohnya : Rangkai kata melakar kemenangan bermaksud :......................................

2 markah anda perlu menukarkan 2 perkataan yang diberikan sahaja, X PERLU menyatakan 2 jawapan, cukup sahaja 1 jawapan.

ii.                   Berikan maksud beramuk-amuk.                                                                                   [2 markah]

Pastikan anda mengambil sebahagian soalan

Contohnya : Rangkai kata beramuk-amuk bermaksud :......................................

2 markah anda perlu menukarkan 1perkataan yang diberikan sahaja, X PERLU menyatakan 2 jawapan, cukup sahaja 1 jawapan.


iii.                 Berikan maksud rangkai kata terkena getah

Pastikan anda mengambil sebahagian soalan

Contohnya : Rangkai kata terkena getah bermaksud :......................................

2 markah anda perlu menukarkan  perkataan yang simbol dengan memahami ayat tersebut di dalam petikan sahaja, X PERLU menyatakan 2 jawapan, cukup sahaja 1 jawapan.


iv.                 Berikan maksud rangkai kata membendung penularan jenayah

Pastikan anda mengambil sebahagian soalan

Contohnya : Rangkai kata membendung penularan jenayah bermaksud :......................................

2 markah anda perlu menukarkan 3 perkataan dengan maksud hampir sahaja, X PERLU menyatakan 2 jawapan, cukup sahaja 1 jawapan.


Jenis soalan mencari isi di dalam petikan

              Sila pastikan anda faham dengan soalan yang ditanya dan gariskan ayat di dalam soalan.

i.             Kemukakan beberapa kesan daripada peranan ibu bapa dalam untuk memupuk minat anak-anak  dalam bidang sukan.                                                                                   [3 markah]

Contoh ayat yang telah digaris yang mirip seperti ayat di dalam petikan yang telah diberikan. Isi akan berada di dalam 1 perenggan yang sama sahaja, tidak akan berada di dalam perenggan yang berbeza-beza.

Soalan (ii) anda perlu mencari isi dalam petikan sebanyak 3 isi dengan menggunakan kata kunci ayat atau perkataan hampir sama dalam petikan.

Kesan daripada daripada peranan ibu bapa dalam untuk memupuk minat anak-anak  dalam bidang sukan ialah anak-anak akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan tersebut. Selain itu, mereka juga berusaha untuk menceburinya dengan lebih serius. Di samping itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.


Jenis soalan aspek komsas

(i)                Gambarkan satu perwatakan ibu berdasarkan petikan di atas dan satu perwatakan berdasarkan keseluruhan cerpen.                                                    [ 4 markah ]

Perwatakan ibu dalam petikan ialah dia seorang yang pemarah. Sebagai bukti, ibu mengamuk dan memaki Ceper kerana ceper telah mengakibatkan baruh menjadi  kering., padi pun kecut di dalam sawah sehingga tidak mendatangkan hasil kepada ibu.

Isi cari dalam petikan berserta contoh

Perwatakan keseluruhan cerpen ialah dia seorang yang berjiwa kental. Sebagai contoh, ibu tetap mengerjakan sawah secara keseorangan walaupun ayah sibuk mendenak ketitir di hutan.

Soalan memerlukan anda mengenalpasti isi dalam petikan dan memberikan contoh mengikut situasi cerita.

Soalan jenis pendapat

KAEDAH CARIAN ISI
Soalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

ii.                  Apakah yang dimaksudkan oleh pengarang dengan melakar kemenangan seperti     yang terdapat dalam petikan?                                                                             [2markah] 

iii.                 Kemukakan beberapa kesan daripada peranan ibu bapa dalam untuk memupuk minat anak-anak  dalam bidang sukan.                                                                              [3 markah]

iv.                 Pada pandangan anda, nyatakan 2 manfaat yang yang bakal diperoleh sekiranya

     anak-anak didedahkan dengan bidang sukan sebagai kerjaya profesion.

                      [4 markah]

SKEMA JAWAPAN :

Soalan (i) anda perlu menukar maksud setiap perkataan seperti melakar (menempa), kemenangan kejayaan.

Maksud rangkai melakar kemenangan ialah menempa kejayaan.

Soalan (ii) anda perlu mencari isi dalam petikan sebanyak 3 isi dengan menggunakan kata kunci ayat atau perkataan hampir sama dalam petikan.

Kesan daripada daripada peranan ibu bapa dalam untuk memupuk minat anak-anak  dalam bidang sukan ialah anak-anak akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan tersebut. Selain itu, mereka juga berusaha untuk menceburinya dengan lebih serius. Di samping itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Soalan (iii) anda perlu memberikan 2 isi dan 2 contoh

Pada pandangan saya, 2 manfaat yang yang bakal diperoleh sekiranya anak-anak didedahkan dengan bidang sukan sebagai kerjaya profesion ialah imej negara dan nama anak-anak akan  gah dipersada dunia sabagainya negara Malaysia gah seantero dunia dalam sukan skuasy melalui Datuk Nicol Ann David. Tambahan pula, kerjaya ini menghasilkan pendapatan yang lumayan buktinya melalui penyertaan dalam pertandingan bertaraf dunia yang menawarkan hadiah wang tunai jutaan ringgit sebagainya pertandingan golf, badminton sebagainya.

 Soalan 2 (b) -  Petikan Prosa Moden

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

                Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga Isi : air sampai paras lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk  kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-betul tohor.

                Perwatakan pemarah, panas baran dan sebagainya  : tulis contoh ayat ini dengan menggunakan ayat sendiri. Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalam sawah. Yang sudah menguning boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu saja. Yang kuning pun nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung.

                Dalam hati ibu memang Ceper itu bedebahlah. Ibu tidak turun ke Ceper lagi kerana airnya sedikit. Ibu berbaik dengan telaga. Meskipun telaga di penjuru tanah kami itu sangat dalam, ibu tarik juga tali timba membawa naik air ke atas.(ibu seorang yang rajin dan bertanggungjawab)

                Dengan air telaga itulah ibu mandi, ibu angkut naik ke rumah masuk ke dalam tempayan. Setitik air Ceper pun ibu tidak sentuh waktu kemarau panjang itu, ibu betul-betul marah pada Ceper.

(Petikan Ibu dan Ceper (halaman : 103-104) karya Shahnon Ahmad, Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Sebelum jawab fahami isi dan situasi cerita

(ii)         Nyatakan keadaan Sungai Ceper yang semakin tohor akibat daripada kemarau yang

                     panjang.  [ 2 markah ]

(iii)       Seandainya anda anak kepada ibu, bagaimanakah cara untuk mengelakkan daripada Sungai Ceper menjadi semakin tercemar dan tohor? [ 3 markah ]

Seandainya saya anak kepada ibu, cara untuk mengelakkan sungai ceper menjadi tercemar dan tohor ialah saya akan melarang orang ramai membuang sampah ke dalam sungai dengan meletakkan papan tanda dan menegur mereka dengan cara yang penuh berhemat. Di samping itu, saya juga bergotong royong dengan orang kampung untuk membersihkan sungai supaya tidak tercemar. Saya juga akan bekerjasama dengan pihak majlis daerah setempat dengan memberikan maklumat jika ada pihak yang masih mencemarkan sungai dengan mengenakan denda yang tinggi rm5000 atau penjara setahun.

(idea perlu rasional dan relevan)

(iv)            Gambarkan satu perwatakan ibu berdasarkan petikan di atas dan satu perwatakan berdasarkan keseluruhan cerpen. [ 4 markah ]

Perwatakan ibu dalam petikan ialah dia seorang yang pemarah. Sebagai bukti, ibu mengamuk dan memaki Ceper kerana ceper telah mengakibatkan baruh menjadi  kering., padi pun kecut di dalam sawah sehingga tidak mendatangkan hasil kepada ibu.

Perwatakan keseluruhan cerpen ialah dia seorang yang berjiwa kental. Sebagai contoh, ibu tetap mengerjakan sawah secara keseorangan walaupun ayah sibuk mendenak ketitir di hutan.

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhamad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.
 
Tinggallah Merah Silu dan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.

Tiada berapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, “Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.”

Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah menyebelah sungai itu.

(Dipetik daripada cerita “Merah Silu dalam Antologi Harga Remaja DBP)

(i)           Berikan maksud beramuk-amuk.                                                                                        [2 markah]

(ii)         Nyatakan gambaran sebaik sahaja Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhamad?                                                                                                                                                                                             [3 markah]

(iii)        Sekiranya anda Merah Hasum, setujukan anda dengan cadangan Merah Silu agar meninggalkan negeri Semerlanga. Berikan alasan anda.                                                                           [3 markah]

                                                        
Soalan (i) tukar maksud rangkai kata bercintakan dirinya, calon perlu memahami isi cerita dan ayat bercintakan dirinya sebelum menukarkan maksud

Maksud beramuk-amuk ialah  berperang
 
Soalan 2 (d) - Pantun  Empat Kerat (Budi)

aca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

Terang bulan terang di paya,

                Anak kambing memakan rumput,

Jika tak kenang kepada saya,

                Nama yang baik tidak tersebut.

 

Anak merak mati tersangkut,

                Mati dipanah Seri Rama,

Resam di dunia juga disebut,

                Orang yang mati meninggalkan nama.

 

Anak inti terenang-renang,

                Air pasang tenang-tenangan,

Budi sedikit bila kan hilang,

                Itu menjadi kenang-kenangan.

 

Anak ikan berlima-lima,

                Mati ditimpa punggur berdaun,

Kasih tuan saya terima,

                Sebagai hutang seribu tahun.

 

Anwar Ridhwan (penyelenggara)

Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914,

2004   Dewan Bahasa & Pustaka


(i)           Berikan maksud berdasarkan rangkap keempat.                                                 [ 2 markah]

(ii)         Rangkap kedua, pantun tersebut menggambarkan orang yang berbudi walaupun sudah meninggal dunia akan senantiasa disebut dan diingati selalu.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita membalas budi kepada insan yang telah meninggal dunia?

        [ 4 markah ]


(iii)       Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut.

                          

        [ 3 markah ]

 
 

Sample text

Sample Text

Sample Text