Pages

Ads 468x60px

Friday, May 10, 2013

Format Menjawab Soalan Novel

FORMAT MENJAWAB SOALAN NOVEL
Contoh Soalan SPM 2005 :
4(a) .Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaprkan  dalam sesebuah novel.
Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat sedemikian?                                                    (7 markah)
FORMULA SOALAN 4(a)
P1 : Pendahuluan
Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu (MR) karya Hartini Hamzah atau Kabus Di Perbukitan (KDP) karya Mohamed Kholid Hamzah.
P2 : Isi pertama contoh (MR@KDP) peristiwa paling menarik + sebab anda memilih contoh tersebut.
P3 : Isi kedua contoh (MR@KDP) peristiwa paling menarik + sebab anda memilih contoh tersebut.
 
FORMULA SOALAN 4(b)
4(b). Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel.                                                                                                             (8 markah)
P1 : Pendahuluan
 
Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu (MR) karya Hartini Hamzah dan Kabus Di Perbukitan (KDP) karya Mohamed Kholid Hamzah

P2 : Latar tempat dalam novel MR ialah di Sekolah Menengah Seri Setia. Buktinya,............................................................................................................manakala dalam KDP ialah di Pekan Sungai Kubu.Buktinya,..............................................................................................................................
SOALAN 4 : PERCUBAAN NEGERI TERENGGANU
(a)   Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai tanggungjawab dalam novel tersebut (7 markah)
Cara menjawab :
Baca arahan soalan dengan jelas : 1 novel sahaja (MR atau KDP)
Skop perbincangan : huraikan 2 nilai tanggungjawab dalam novel tersebut.
Apa yang perlu anda tulis :
P1 : Pendahuluan (nyatakan tajuk novel dan nama pengarang) PENTING
P2 : Isi (1) NILAI TANGGUNGJAWAB. CONTOH MR @ KDP
P3 : IsI (2) NILAI TANGGUNGJAWAB . CONTOH MR @ KDP
TIDAK PERLU ADA PENUTUP
CONTOH SKEMA JAWAPAN :
 
Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.
Nilai dalam novel ini ialah nilai tanggungjawab sewaktu menjalankan tugas yang diamanahkan Sebagai contohnya, Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh rasa tanggungjawab begitu juga dengan Fuad hanya guru sandaran di sekolah yang sama dengan Farhana, tetapi Fuad menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.

         Selain itu, nilai tanggungjawab dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim.      Sebagai contohnya, Fuad sewaktu kecil telah dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Peter Lim menyebabkan dia tidak dididik dengan ajaran Islam, sebaik sahaja menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah, Fuad dengan rasa tanggungjawabnya sebagai seorang muslim telah belajar mengaji al-quran dan sentiasa bersembahyang berjemaah di surau bersama ayah angkatnya.
 
Pemarkahan :

2 Isi dan 2 contoh : 4 markah

Bahasa                             : 3 markah (baik) 2 (memuaskan) 1 (lemah)

Markah Penuh :    7 markah


(b)   Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajari. (8 markah)

Cara menjawab :

Baca arahan soalan dengan jelas : 2 novel (MR dan KDP)

Skop perbincangan : huraikan 1 latar masyarakat dalam dua novel tersebut.

Apa yang perlu anda tulis :

P1 : Pendahuluan (nyatakan tajuk 2 novel dan nama 2 pengarang) PENTING

P2 : Isi (1) LATAR MASYARAKAT. CONTOH MR

P3 : IsI (2) LATAR MASYARAKA . CONTOH KDP

TIDAK PERLU ADA PENUTUP                     T

SKEMA JAWAPAN :

Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Kabus Di Perbukitan karya Mohamed Kholid Hamzah.

Latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat yang tahu membalas jasa. Sebagai contohnya dalam Melunas Rindu, Fuad telah membayar yuran peperiksaan dan menanggung kos persekolahan adik sepupunya, Ah Soh kerana jasa bapa dan ibu saudaranya, Peter Lim dan Swee Lan yang telah membesarkannya sewaktu dia kecil dahulu.
 
  Selain itu, masyarakat yang tabah menghadapi cabaran. Sebagai contohnya dalam Kabus Di Perbukitan, Faridah yang kehilangan adik kembar, Rahayu yang meninggal dunia akibat daripada kanser paru-paru, penderitaan Faridah semakin bertambah apabila ibunya, Salmah yang meninggal dunia akibat sakit tua dan menahan rasa derita sebaik sahaja anaknya meninggal dan suaminya, Ghazali yang telah meninggal dunia akibat kemalangan, faridah begitu tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand.

Pemarkahan :

2 Isi dan 2 contoh : 6 markah

Bahasa : 2 markah (baik) 1 markah (memuaskan)

Markah Penuh : 8 markah


SOALAN PERCUBAAN : YAYASAN ISLAM KELANTAN

4 (a) Watak utama dalam sesebuah novel sering dipaparkan oleh pengarang sebagai watak yang mengalami konflik.

Huraikan dua konflik yang dialami oleh watak uatam dalam sesebuah novel yang anda pelajari dan bagaimanakah konflik itu dapat diselesaikan olehnya?

 
P1 : Pendahuluan (nyatakan tajuk novel dan nama pengarang) PENTING

P2 : Isi (1) KONFLIK + CARA WATAK UTAMA MENGATASI : MR @ KDP

P3 : IsI (2) KONFLIK + CARA WATAK UTAMA MENGATASI : MR @ KDP

TIDAK PERLU ADA PENUTUP

 CONTOH SKEMA JAWAPAN :
 
Novel yang saya kaji ialah Kabus Di Perbukitan karya Mohamed Kholid Hamzah.

Konflik yang berlaku apabila Faridah mengalami tekanan apabila dia kehilangan orang tersayang dalam jangka masa yang singkat sahaja. Peristiwa bermula apabila adik kembarnya Rahayu meninggal dunia akibat kanser paru-paru, tidak cukup dengan penderitaan tersebut ibunya, Salmah turut meninggalkan Faridah akibat masalah injap jantung tidak berfungsi dan terlalu bersedih dengan kematian Rahayu. Selepas itu, konfliknya makin bertambah, apabila suaminya, Ghazali meninggal sewaktu dalam kemalangan jalan raya. Faridah membawa diri ke New Zealand dan memulakan hidup baru dengan dengan Soleh Johnsons@Samuel Kirkby Johnsons, mereka menetap di Christchurch. Faridah dapat melupakan segala peristiwa yang menyedihkan walaupun hidup di perantauan dia sentiasa rindu akan kampung halamannya.
Seterusnya,Soleh kecewa dengan kegiatan vandalisme yang sedang berlaku dan An Noor Islamic Center turut menjadi mangsa. Perbuatan itu angkara daripada budak-budak punk. Faridah mencadangkan kepada Soleh agar mereka mengadakan majlis untuk merapatkan kembali hubungan kejiranan di tempat mereka. Soleh mencadangkan agar mereka menempah makanan untuk majlis tersebut bagi meringankan beban Faridah

Pemarkahan :

2 Isi dan 2 contoh : 4 markah

Bahasa : 3 markah (baik) 2 (memuaskan) 1 (lemah)

Markah Penuh : 7 markah

4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang dalam setiap novel?

(8 markah)

Cara menjawab :

Baca arahan soalan dengan jelas : 2 novel (MR dan KDP)

Skop perbincangan : huraikan 2 peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang dalam setiap novel.

Apa yang perlu anda tulis :

P1 : Pendahuluan (nyatakan tajuk novel dan nama pengarang) PENTING
 
P2 : Isi (1) PERISTIWA KASIH SAYANG : MR

P3 : IsI (2) PERISTIWA KASIH SAYANG : KDP

TIDAK PERLU ADA PENUTUP
 
CONTOH SKEMA JAWAPAN :
 
Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu dan Kabus Di Perbukitan karya Mohamed Kholid Hamzah.
Peristiwa yang terdapat dalam Melunas Rindu ialah Fuad selalu mengambil berat akan keadaan Farhana dan sering menolong Farhana ketika Farhana berada dalam kesusahan. Sewaktu Farhana ingin balik kampung untuk menziarahi ibunya namun tiket bas habis dijual. Fuad telah sukarela untuk mengajak Farhana untuk menumpang keretanya. Selain itu, Fuad juga memahami akan keadaan Farhana apabila Ibu Farhana dimasukkan ke dalam hospital. Fuad turut menziarahi Ibu Farhana kerana Ibu Farhana merupakan orang kesayangan Farhana. Akhirnya, Fuad mendapat tahu bahawa Farhana adalah adiknya sendiri.
Selain itu, peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang dalam Kabus Di Perbukitan ialah peristiwa Salmah yang amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenang-kenangkan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Salmah selalu menangis dan bersedih-sedihan semenjak kematian Rahayu, ditambah lagi dengan injap jantungnya tidak berfungsi sehingga dia meninggal dunia akibat terlalu rindukan anaknya.
 
Pemarkahan :

2 Isi dan 2 contoh : 4 markah

Bahasa : 2 markah (baik) 1 markah (memuaskan)

Markah Penuh : 8 markah


 

 




   
 


 


 .


 

.

 

 
 

 

 
 

 

 




 


 

 

 

.

 

 
 

3 comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text