Pages

Ads 468x60px

Monday, May 6, 2013

Karangan Cemerlang Bahagian A


Contoh Karangan Bahagian A

 JAWAPAN CONTOH

Bahagian A
 
Pembahagian Masa

Karangan berpandu : Berdasarkan pelbagai bahan rangsangan

Markah                          : 30 markah

Masa                               : 45 minit

 
PERENGGAN 1 : PENDAHULUAN
 
            Dalam meniti arus modenisasi yang kian rancak, masyarakat pada zaman millenium ini sudah semakin ‘ketagih’ mengejar kemewahan duniawi sehinggakan mereka alpa terhadap kesihatan tubuh badan mereka. Senario ini jika dibiarkan menular dalam kalangan masyarakat kita akan mengakibatkan hasrat kerajaan untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020 hatta gagasan 1Malaysia sekalipun terbantut. Apakah peranan kita sebagai rakyat yang prihatin terhadap kemajuan negara dalam mengatasi kemelut ini? Usaha yang dapat kita lakukan bagi menyelesaikan krisis ini adalah dengan menjalani kehidupan yang sihat. Belakangan ini, banyak adpertensi disiarkan oleh pihak media bagi memaparkan cara-cara mengemudikan kehidupan agar sihat dan sejahtera.
 
PERENGGAN 2 : ISI UTAMA

            Amalan mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi merupakan antara cara yang unggul bagi menjalani hidup yang sihat (Apa : isi utama). Rehat dan tidur yang mencukupi amatlah diperlukan bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. (BAGAIMANA : CARA). Kita tidak mahu nanti keadaannya bak nasi sudah menjadi bubur atau sudah terhantuk baru terngadah. Kita memerlukan rehat dan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari bagi memastikan otak dan fizikal kita dapat digunakan semula (BAGAIMANA : CARA). Sebagai tamsilnya, kita kerap kali melihat berita di rubrik akhbar yang melaporkan calon-calon peperiksaan awam masih gah menjawab kertas peperiksaan walaupun mengambil masa yang agak lama (CONTOH). Oleh yang demikian, kita haruslah mengamalkan gaya hidup sihat iaitu mendapatkan rehat dan tidur yang mencikupi (AYAT PENEGASAN)

 PERENGGAN 3 : ISI KEDUA
 
              Selain itu, metode lain yang harus kita cakna dan asimilasikan dalam kehidupan kita adalah menjalani pemeriksaan kesihatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liew Tiong Lai mengajak rakyat Malaysia agar tidak berat tulang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berdekatan kerana tindakan ini akan ‘menyelamatkan’ kita daripada menghidap penyakit-penyakit kronik bak kata orang tua-tua , mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Setiap individu seharusnya menjalani pemeriksaan setiap enam bulan bagi mengetahui kondisi kesihatan diri. Masyarakat pada masa ini sering menghidap penyakit kronik walaupun pada usia yang muda iaitu sekitar 30 hingga 40 tahun. Tegasnya, seyogialah kita mengamalkan budaya menjalani pemeriksaan kesihatan agar tubuh badan kita sentiasa berada dalam keadaan baik.

 PERENGGAN 4 : ISI KEEMPAT
 
          Amalan cara hidup sihat adalah tidak sukar sekiranya kita mengikut garis panduan yang betul. Langkah terpenting yang menjadi faktor perdana atau tunjang kepada amalan hidup sihat adalah mempraktikkan pemakanan seimbang diperlukan oleh badan mengikut sukatan yang betul. Keadaan ini dapat dilihat melalui piramid makanan yang menempatkan karbohidrat di lapisan terbawah yang bererti nutrisi tersebut diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang banyak. Pengambilan nutrisi secara berkurangan ataupun berlebihan akan menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit-penyakit tertentu. Sebagai contohnya, terdapat penyakit yang melanda masyarakat di negara miskin seperti Haiti disebabkan kurangnya protein dalam badan. Oleh yang demikian, amalan pemakanan seimbang adalah sangat penting dalam kita menjalani kehidupan yang sihat.

 PERENGGAN 5 : PENUTUP

           Akhirulkalam, jelaslah kepada kita bahawa kehidupan manusia dan kesihatan memang tidak dapat dipisahkan. Seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat agar misi Malaysia untuk mencapai status negara maju dan menjadi contoh kepada negara lain tercapai. Maka secara realitinya menunjukkan bahawa betapa penting cara atau langkah dalam menjana kehidupan yang lebih sihat. Sediakan payung sebelum hujan merupakan peribahasa yang amat bersesuaian dengan maaduk cara menjaga kesihatan, jadi di sini mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. Secara kesinambungannya, pelbagai usaha mestilah diimplementasikan oleh semua pihak kerana ‘kehidupan yang bermakna adalah kehidupan yang sihat’.

 

Markah                 :               28/30          
 
Ulasan

Takrif                     :               Menepati dan menjawab tugasan

Bahasa                  :               Gramatis, luas & tepat penggunaan kosa kata,

Pengolahan          :               Menarik, berkesan,huraian isi jelas dan matang




 
 

3 comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text