Pages

Ads 468x60px

Wednesday, May 8, 2013

Cara membuat huraian untuk Bahagian A dan B serta menulis contoh


CARA MENGHURAIKAN IDEA UTAMA SECARA DEDUKTIF DAN INDUKTIF Bahagian A.

ISI
HURAIAN
APA
(ISI UTAMA)
BAGAIMANA
(CARA)
MENGAPA
(SEBAB)
CONTOH/
PERIBAHASA
Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang faedah berjimat cermat
Ibu bapa perlu memberikan penjelasan tentang kebaikan berjimat cermat dan keburukan amalan boros
Anak-anak seharusnya mendapat kesedaran apabila mengamalkan amalan yang selalunya ditegah oleh Allah s.w.t
Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.

DEDUKTIF : (susunan biasa)

Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang kemaslahatan berjimat cermat dalam menyokong usaha kerajaan untuk memupuk etos berjimat cermat. Pendek kata, ibu bapa perlu memberikan penjelasan tentang kebaikan berjimat cermat dan keburukan amalan boros. Tambah lagi, anak-anak akan mendapat kesedaran apabila mengamalkan amalan yang selalunya ditegah oleh Allah s.w.t. Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.

(isi utama + huraian 1 + huraian 2 + contoh/peribahasa)

INDUKTIF : (susunan terbalik)

Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini menyentuh anak-anak perlu mendapat kesedaran daripada ibu bapa apabila mengamalkan amalan boros yang selalunya ditegah oleh Allah s.w.t. Pendek kata, ibu bapa perlu memberikan penjelasan tentang kebaikan berjimat cermat dan keburukan amalan boros. Maka, seeloknya, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang faedah berjimat cermat dalam menyokong usaha kerajaan untuk memupuk budaya berjimat cermat.

(contoh/peribahasa + huraian + huraian + isi utama)

CARA MENGHURAIKAN IDEA UTAMA SECARA DEDUKTIF Bahagian B.

TAJUK : KESAN trend mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

PERKARA
HURAIAN
APA (ISI UTAMA)
Menggunakan peribahasa
Seterusnya, gaya hidup yang dipamerkan sekarang banyak mementingkan budaya “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”.
BAGAIMANA (CARA situasi itu berlaku)
Budaya hidup masyarakat kompak mula terhakis sedikit demi sedikit apabila remaja kini tidak lagi gemar melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan berbanding dengan aktiviti hiburan yang sering menjadi tumpuan mereka.
MENGAPA (SEBAB perkara itu berlaku hingga membawa kesan)
Majoriti remaja lebih suka akan keseronokan dan keghairahan dalam kegelapan malam tanpa mempedulikan norma-norma ketimuran.
MENGAPA (SEBAB perkara itu berlaku hingga membawa kesan)
Dalam fikiran mereka, itu adalah trend kehidupan moden sehingga gaya hidup ini melahirkan masyarakat yang hidung tinggi.
MENGAPA (SEBAB perkara itu berlaku hingga membawa kesan)
Tambah lagi, etos ini tidak perlu memikirkan masalah orang lain yang senantiasa mengharapkan simpati, empati dan tanggapan mereka lebih baik berkurung di dalam rumah sahaja.
PERIBAHASA/
cogankata/pendapat tokoh/mutiara kata
Memetik kata-kata seorang pujangga, janganlah kita mementingkan diri sendiri kerana kehidupan kita ini ibarat putaran roda, kadangkala itulah yang akan mendatangkan satu kerugian dalam kehidupan ini.
CONTOH
Pendek kata, kepesatan pembinaan pusat-pusat hiburan misalnya KL Disco, Blue Pub dan sebagainya menjadi faktor pendorong remaja leka dengan nilai tradisi dan budaya mereka yang sebenarnya.
AYAT PENEGASAN
Tegasnya, sikap mementingkan diri sendiri melahirkan manusia persis ‘haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa.

CARA MENGAMBIL CONTOH/BUKTI BAGI SETIAP HURAIAN

BIL
HURAIAN TENTANG ISI UTAMA
SUMBER UNTUK MENDAPATKAN CONTOH
1
berkaitan dengan masalah rojak
dialog dalam drama televisyen atau filem, dialog juruhebah radio, tv, papan iklan, bahasa internet, sms, bahasa slanga yang digunakan oleh remaja.
2
Mengenal pasti bakat muda yang boleh diketengahkan supaya dapat ditingkatkan bakatnya menjadi seorang ahli sukan yang berjaya.
Pelajar terlibat dalam kejohanan sukan ragbi, bola sepak, bola tampar di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan.
3
Muzik yang berunsur negatif dan ganas haruslah disingkirkan dan muzik berunsur positif perlu diserap di dalam jiwa remaja.
Muzik aliran ‘heavy mental’, ‘rap’, ‘hip hop’ dan ‘trash’ hendaklah diharamkan kerana mampu merosakkan akidah dan akhlak remaja.
 
 
Data, statistik, petikan berita, majalah, pendapat tokoh dan sebagainya.

13 comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text