Pages

Ads 468x60px

Friday, May 10, 2013

Format Pemahaman


FORMAT PEMAHAMAN

1.       Pastikan anda menguasai cerpen, drama, prosa klasik, puisi dengan membaca dan menghafal bagi teks T4 dan T5. Kemudian, anda perlu  mengenal pasti isi yang disampaikan di dalam petikan.

2.       Fahami dengan jelas apabila membaca petikan yang telah disediakan.

3.       Cara untuk menjawab soalan pemahaman dengan menyalin semula sebahagian soalan, mulakan dengan subjek setiap kali menulis jawapan dan silakan ada penanda wacana. Setiap isi mesti dibina dalam ayat yang berbeza-beza bermakna 3 isi 3 ayat.

4.       Garis rangkai kata yang ada di dalam petikan kemudian tukar dengan perkataan hampir sama.

5.       Isi hendaklah dicari di dalam petikan mengikut ayat yang hampir (dalam soalan) dengan ayat di dalam petikan, kemudian bina ayat anda sendiri (3 markah untuk 3 isi).

6.       Soalan aspek komsas memerlukan anda menyatakan isi dan contoh berdasarkan petikan dan isi/contoh berdasarkan keseluruhan cerpen/drama.

7.       Soalan maksud puisi, anda perlu menyatakan maksud yang ada di dalam rangkap yang telah dinyatakan.

8.       Soalan pendapat anda, memerlukan anda memberikan pendapat yang bernas dan relevan.

Cara menjawab berdasarkan peruntukan markah :

Jenis soalan rangkai kata

i.           Apakah yang dimaksudkan oleh pengarang dengan melakar kemenangan seperti  yang terdapat dalam petikan? [2markah]

Pastikan anda mengambil sebahagian soalan

Contohnya : Rangkai kata melakar kemenangan bermaksud :......................................

2 markah anda perlu menukarkan 2 perkataan yang diberikan sahaja, X PERLU menyatakan 2 jawapan, cukup sahaja 1 jawapan.

ii.                   Berikan maksud beramuk-amuk.                                                                                   [2 markah]

Pastikan anda mengambil sebahagian soalan

Contohnya : Rangkai kata beramuk-amuk bermaksud :......................................

2 markah anda perlu menukarkan 1perkataan yang diberikan sahaja, X PERLU menyatakan 2 jawapan, cukup sahaja 1 jawapan.


iii.                 Berikan maksud rangkai kata terkena getah

Pastikan anda mengambil sebahagian soalan

Contohnya : Rangkai kata terkena getah bermaksud :......................................

2 markah anda perlu menukarkan  perkataan yang simbol dengan memahami ayat tersebut di dalam petikan sahaja, X PERLU menyatakan 2 jawapan, cukup sahaja 1 jawapan.


iv.                 Berikan maksud rangkai kata membendung penularan jenayah

Pastikan anda mengambil sebahagian soalan

Contohnya : Rangkai kata membendung penularan jenayah bermaksud :......................................

2 markah anda perlu menukarkan 3 perkataan dengan maksud hampir sahaja, X PERLU menyatakan 2 jawapan, cukup sahaja 1 jawapan.


Jenis soalan mencari isi di dalam petikan

              Sila pastikan anda faham dengan soalan yang ditanya dan gariskan ayat di dalam soalan.

i.             Kemukakan beberapa kesan daripada peranan ibu bapa dalam untuk memupuk minat anak-anak  dalam bidang sukan.                                                                                   [3 markah]

Contoh ayat yang telah digaris yang mirip seperti ayat di dalam petikan yang telah diberikan. Isi akan berada di dalam 1 perenggan yang sama sahaja, tidak akan berada di dalam perenggan yang berbeza-beza.

Soalan (ii) anda perlu mencari isi dalam petikan sebanyak 3 isi dengan menggunakan kata kunci ayat atau perkataan hampir sama dalam petikan.

Kesan daripada daripada peranan ibu bapa dalam untuk memupuk minat anak-anak  dalam bidang sukan ialah anak-anak akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan tersebut. Selain itu, mereka juga berusaha untuk menceburinya dengan lebih serius. Di samping itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.


Jenis soalan aspek komsas

(i)                Gambarkan satu perwatakan ibu berdasarkan petikan di atas dan satu perwatakan berdasarkan keseluruhan cerpen.                                                    [ 4 markah ]

Perwatakan ibu dalam petikan ialah dia seorang yang pemarah. Sebagai bukti, ibu mengamuk dan memaki Ceper kerana ceper telah mengakibatkan baruh menjadi  kering., padi pun kecut di dalam sawah sehingga tidak mendatangkan hasil kepada ibu.

Isi cari dalam petikan berserta contoh

Perwatakan keseluruhan cerpen ialah dia seorang yang berjiwa kental. Sebagai contoh, ibu tetap mengerjakan sawah secara keseorangan walaupun ayah sibuk mendenak ketitir di hutan.

Soalan memerlukan anda mengenalpasti isi dalam petikan dan memberikan contoh mengikut situasi cerita.

Soalan jenis pendapat

KAEDAH CARIAN ISI
Soalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

ii.                  Apakah yang dimaksudkan oleh pengarang dengan melakar kemenangan seperti     yang terdapat dalam petikan?                                                                             [2markah] 

iii.                 Kemukakan beberapa kesan daripada peranan ibu bapa dalam untuk memupuk minat anak-anak  dalam bidang sukan.                                                                              [3 markah]

iv.                 Pada pandangan anda, nyatakan 2 manfaat yang yang bakal diperoleh sekiranya

     anak-anak didedahkan dengan bidang sukan sebagai kerjaya profesion.

                      [4 markah]

SKEMA JAWAPAN :

Soalan (i) anda perlu menukar maksud setiap perkataan seperti melakar (menempa), kemenangan kejayaan.

Maksud rangkai melakar kemenangan ialah menempa kejayaan.

Soalan (ii) anda perlu mencari isi dalam petikan sebanyak 3 isi dengan menggunakan kata kunci ayat atau perkataan hampir sama dalam petikan.

Kesan daripada daripada peranan ibu bapa dalam untuk memupuk minat anak-anak  dalam bidang sukan ialah anak-anak akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan tersebut. Selain itu, mereka juga berusaha untuk menceburinya dengan lebih serius. Di samping itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Soalan (iii) anda perlu memberikan 2 isi dan 2 contoh

Pada pandangan saya, 2 manfaat yang yang bakal diperoleh sekiranya anak-anak didedahkan dengan bidang sukan sebagai kerjaya profesion ialah imej negara dan nama anak-anak akan  gah dipersada dunia sabagainya negara Malaysia gah seantero dunia dalam sukan skuasy melalui Datuk Nicol Ann David. Tambahan pula, kerjaya ini menghasilkan pendapatan yang lumayan buktinya melalui penyertaan dalam pertandingan bertaraf dunia yang menawarkan hadiah wang tunai jutaan ringgit sebagainya pertandingan golf, badminton sebagainya.

 Soalan 2 (b) -  Petikan Prosa Moden

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

                Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga Isi : air sampai paras lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk  kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-betul tohor.

                Perwatakan pemarah, panas baran dan sebagainya  : tulis contoh ayat ini dengan menggunakan ayat sendiri. Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalam sawah. Yang sudah menguning boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu saja. Yang kuning pun nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung.

                Dalam hati ibu memang Ceper itu bedebahlah. Ibu tidak turun ke Ceper lagi kerana airnya sedikit. Ibu berbaik dengan telaga. Meskipun telaga di penjuru tanah kami itu sangat dalam, ibu tarik juga tali timba membawa naik air ke atas.(ibu seorang yang rajin dan bertanggungjawab)

                Dengan air telaga itulah ibu mandi, ibu angkut naik ke rumah masuk ke dalam tempayan. Setitik air Ceper pun ibu tidak sentuh waktu kemarau panjang itu, ibu betul-betul marah pada Ceper.

(Petikan Ibu dan Ceper (halaman : 103-104) karya Shahnon Ahmad, Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Sebelum jawab fahami isi dan situasi cerita

(ii)         Nyatakan keadaan Sungai Ceper yang semakin tohor akibat daripada kemarau yang

                     panjang.  [ 2 markah ]

(iii)       Seandainya anda anak kepada ibu, bagaimanakah cara untuk mengelakkan daripada Sungai Ceper menjadi semakin tercemar dan tohor? [ 3 markah ]

Seandainya saya anak kepada ibu, cara untuk mengelakkan sungai ceper menjadi tercemar dan tohor ialah saya akan melarang orang ramai membuang sampah ke dalam sungai dengan meletakkan papan tanda dan menegur mereka dengan cara yang penuh berhemat. Di samping itu, saya juga bergotong royong dengan orang kampung untuk membersihkan sungai supaya tidak tercemar. Saya juga akan bekerjasama dengan pihak majlis daerah setempat dengan memberikan maklumat jika ada pihak yang masih mencemarkan sungai dengan mengenakan denda yang tinggi rm5000 atau penjara setahun.

(idea perlu rasional dan relevan)

(iv)            Gambarkan satu perwatakan ibu berdasarkan petikan di atas dan satu perwatakan berdasarkan keseluruhan cerpen. [ 4 markah ]

Perwatakan ibu dalam petikan ialah dia seorang yang pemarah. Sebagai bukti, ibu mengamuk dan memaki Ceper kerana ceper telah mengakibatkan baruh menjadi  kering., padi pun kecut di dalam sawah sehingga tidak mendatangkan hasil kepada ibu.

Perwatakan keseluruhan cerpen ialah dia seorang yang berjiwa kental. Sebagai contoh, ibu tetap mengerjakan sawah secara keseorangan walaupun ayah sibuk mendenak ketitir di hutan.

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhamad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.
 
Tinggallah Merah Silu dan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.

Tiada berapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, “Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.”

Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah menyebelah sungai itu.

(Dipetik daripada cerita “Merah Silu dalam Antologi Harga Remaja DBP)

(i)           Berikan maksud beramuk-amuk.                                                                                        [2 markah]

(ii)         Nyatakan gambaran sebaik sahaja Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhamad?                                                                                                                                                                                             [3 markah]

(iii)        Sekiranya anda Merah Hasum, setujukan anda dengan cadangan Merah Silu agar meninggalkan negeri Semerlanga. Berikan alasan anda.                                                                           [3 markah]

                                                        
Soalan (i) tukar maksud rangkai kata bercintakan dirinya, calon perlu memahami isi cerita dan ayat bercintakan dirinya sebelum menukarkan maksud

Maksud beramuk-amuk ialah  berperang
 
Soalan 2 (d) - Pantun  Empat Kerat (Budi)

aca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

Terang bulan terang di paya,

                Anak kambing memakan rumput,

Jika tak kenang kepada saya,

                Nama yang baik tidak tersebut.

 

Anak merak mati tersangkut,

                Mati dipanah Seri Rama,

Resam di dunia juga disebut,

                Orang yang mati meninggalkan nama.

 

Anak inti terenang-renang,

                Air pasang tenang-tenangan,

Budi sedikit bila kan hilang,

                Itu menjadi kenang-kenangan.

 

Anak ikan berlima-lima,

                Mati ditimpa punggur berdaun,

Kasih tuan saya terima,

                Sebagai hutang seribu tahun.

 

Anwar Ridhwan (penyelenggara)

Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914,

2004   Dewan Bahasa & Pustaka


(i)           Berikan maksud berdasarkan rangkap keempat.                                                 [ 2 markah]

(ii)         Rangkap kedua, pantun tersebut menggambarkan orang yang berbudi walaupun sudah meninggal dunia akan senantiasa disebut dan diingati selalu.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita membalas budi kepada insan yang telah meninggal dunia?

        [ 4 markah ]


(iii)       Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut.

                          

        [ 3 markah ]

 

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text