Pages

Ads 468x60px

Tuesday, May 7, 2013

Jenis-jenis Pendahuluan Karangan


FIKIR-FIKIR
MINDA MESTI KREATIF UNTUK MENCIPTA PENDAHULUAN YANG MENARIK DAN BERMUTU.

CARA UNTUK KREATIF; RAJIN MEMBACA PELBAGAI BAHAN.

 

JENIS PENDAHULUAN
 
Isu : Kemusnahan Alam Sekitar
 
Jenis : Gabungan
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga, alam sekitar membawa segala-gala yang ada di sekeliling langit dan bumi. Keluasan muka bumi 27.6% meliputi tumbuh-tumbuhan yang berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dan juga sebagai pengukuh struktur tanah daripada bencana alam, terutama tanah runtuh dan hakisan. Keadaan ini menerangkan bumi bukan sahaja penting untuk kesejahteraan hidup manusia, tetapi juga untuk hidupan lain. Walaupun begitu, masalah pemusnahan alam sekitar tetap berlaku di mana-mana sehingga menimbulkan natijah yang sangat buruk. Jadi, usaha yang efektif perlu diambil dengan melibatkan jaringan kerjasama daripada pelbagai pihak.
(jenis definisi, fakta geografi, ayat topik)

Jenis : Suasana
 
Hatiku sebak menahan kepiluan melihat sungai tercemar yang penuh dengan sisa-sisa minyak, bahan pepejal dan sebagainya. Airmata bergenang di kelopak mataku yang bulat bersinar menahan duka terlara tatkala meninjau kawasan yang penuh dengan sampah sarap setinggi KLCC. Hatiku semakin hancur luluh bak kaca yang terhempas ke lantai pabila melihat sikap dan etos masyarakat bagai enau melepaskan  pucuk masing-masing  terus mencemarkan alam sekitar. Marcapada terus menerus dicemari tanpa ada kawalan daripada pihak berwajib. Patutkah keadaan ini terus berleluasa? Kita perlu membongkar faktor perdana di samping mengorak langkah mencari formulasi yang berminda kelas pertama.
(jenis situasi/suasana, penerangan, ayat topik)

 
Jenis : Senikata Lagu
 
Oh ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian dan aku
Bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering
Tiada tempat kulayarkan
Hasratku ini masih belum sempat ku buktikannya padamu
Ibu tersayang

Bait-bait lagu ‘Oh Ibu’ sangat indah dan puitis apabila didendangkan dan betapa bahagianya menghayati seni kata lagu di atas. Namun, dunia pada hari ini menyaksikan banyak peristiwa yang tidak seindah lagu yang dinyanyikan. Kendatipun, ibu masih ada atau tidak di bumi yang permai ini, tidak pernah menjadi persoalan bagi insan yang tidak bisa mengenal erti pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak demi menerjah dunia yang penuh dengan cabaran globalisasi. Kita sering terbaca di media massa tentang seorang ibu disisihkan dan ditinggalkan oleh anak-anak malahan ada segelintir menjadi mangsa deraan mereka. Kita tidak pernah terfikir, apakah punca kemelut ini terus menular? Jadi, apakah usaha yang perlu dihalusi untuk membawa perkara ini ke arah anjakan paradigma?

 
Jenis : Pantun

Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi,
Kami mendengar khabar berita,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tak harum lagi.

                Pantun 6 kerat sudah tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu bagi tujuan menyampaikan khabar berita secara halus dan penuh tersirat. Pantun ini membawa satu konteks yang cukup bermakna apabila menyesali sesuatu yang indah sudah tidak menjadi kebanggaan lagi yakni seorang gadis yang ternoda sehingga menyebabkan maruah dirinya tercemar. Kala ini, isu seks bebas, bohsia, teman sosial, atau pun pelacur merupakan satu masalah sosial dan susila yang semakin meruncing. Dilema ini menggambarkan satu wajah gadis di negara ini yang tidak mementingkan maruah yang sangat berharga. Pendek kata, kita perlu mengintai sebab utama keadaan ini berlaku? Di samping menagih komitmen dan pengertian yang serius semua pihak dalam menangani.

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text